Friday, October 19, 2007

The birth

Malam ini bersamaan 7 Syawal1428 bermulalah coretan perjalananku sebagai hamba menuju destinasi hakiki. Mencari kepastian. Merasai kemanisan yang hilang. Mengenal diri terperi. Anda semua tak perlu pening2 mencari mesej yang tersirat kerana blog ini semata2 untuk aku berbicara dengan diriku. Biar saja jejariku menari-nari mengikut kehendaknya supaya hilang rasa kepenatan menyimpan rasa di sanubari. Moga-moga juga blog ini menjadi diari penyampai hasrat hati kepada isteri dan anak2. Segala pengalamanku akan ku abadikan disini sebagai renungan anda yang ingin merenung. Biarlah ia menjadi wadah menyimpan rahsia diri.
Kepada yang pernah merasai nikmat percintaan dan persetubuhan, adakah anda merasakan sudah sampai ke kemuncak kenikmatan?? Inilah matlamatku, mencari kemuncak kenikmatan yang tak tercerita....MELIHAT ALLAH

goodin